Saturday, December 15, 2018

Makan Malam Tahunan FEP 2018

Makan Malam Tahunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan merupakan acara tahunan yang biasanya diadakan pada hujung tahun pada akhir semester. Makan malam pada tahun ini diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Tema yang pilih tahun ini adalah "Exuberant Night" iaitu lebih kepada tema yang elegan.


Persiapan menyusun meja

Saya telah diberikan tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa di bawah Exco Dekorasi dan Cenderamata. Tugas kami adalah mereka hias DECTAR dan menyediakan hadiah serta anugerah kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan. Bukanlah mudah untuk kami jalankan tanggungjawab ini kerana ia melibatkan dewan yang bersaiz besar. Mujur ahli Exco lain turut membantu kami membuat persiapan.


Hiasan pentas

Antara hadiah kepada pemenang "King & Queen"

Seawal 8 pagi sehingga 6 petang kami bertungkus-lumus menyiapkan dewan untuk para tetamu yang hadir. Nilai kerjasama dan tolong-menolong amat diperlukan saat majlis ini berjalan. Para tetamu mula memasuki dewan pada jam 8.30 malam dengan pakaian yang mengikut tema dan menarik sementara kami sudah sedia di tempat tugas masing-masing.

Menunggu ketibaan tetamu

Pada malam itu, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk menguruskan hadiah di atas pentas. Perasaan kami bercampur-baur kerana khuatir kami akan melakukan kesilapan. Mujur, kami dapat melakukan tugas dengan baik dan tenang.

Swafoto di belakang pentas sementara menunggu tugasan

 Hidangan yang disediakan begitu eksklusif iaitu makanan barat seperti "Chicken Chop", "Spaghetti", "Garlic Bread" dan macam macam lagi. Sesuailah dengan tema pada malam itu. Para tetamu juga disajikan dengan persembahan halwa telinga, tarian dan tayangan montaj. Syukur, persembahan malam itu mendapat sambutan dan berjaya memukau tetamu. Makan malam ini tamat sekitar jam 11 malam. Apabila para tetamu sudah pulang, tanpa melengahkan masa, kami terus mengemas semula dewan. Selesai mengemas pada 12.30 pagi. 


Wajah keletihan kami sudah mula kelihatan. Sebelum pulang, kami membuat "post mortem" untuk makan malam ini. Setiap ketua Exco perlu memberi pandangan keseluruhan sepanjang majlis makan malam ini dari awal persiapan sehingga akhir. Menurut ketua pengarah kami, kami menerima banyak maklum balas yang positif daripada para tetamu yang hadir. Mereka berpuas hati dengan majlis tersebut. Kami berasa sangat berpuas hati kerana penat lelah kami selama beberapa bulan persiapan ini berjalan lancar dan berbaloi. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya kutip daripada penglibatan saya dalam majlis tahunan ini iaitu ilmu tentang pengurusan majlis. Walaupun saya dibawah Exco Dekorasi dan Cenderamata, tetapi serba sedikit saya tahu mengenai pengurusan lain seperti protokol, program, teknikal dan jamuan.

Makan Malam Tahunan FEP 2018