Pada 21 November 2018, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Econ Hunt kepada pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi. Econ Hunt merupakan
explorace di mana telah dibahagikan kumpulan dan perlu mencari soalan pada klu yang telah diberikan. Apa yang unik dalam Econ Hunt ini adalah kami perlu menggunakan aplikasi HP Reveal untuk imbas soalan pada klu seperti papan tanda, gambar dan objek.
 |
Contoh soalan yang diimbas pada papan tanda |
Kawasan Econ Hunt merangkumi seluruh kawasan UKM. Bagi kami
explorace ini sangat mencabar kerana kami perlu mencari inisiatif sendiri untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain dengan pantas. Malah,
explorace ini juga diadakan pada waktu tengahari yang panas terik. Pergerakan kami dalam kumpulan telah dipecahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil untuk pembahagian kawasan untuk mencari soalan supaya lebih menjimatkan masa. Saya dan dua lagi rakan mencari soalan di Pusat Kesihatan, ATMA, Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengurusan Akademik. Kami juga diminta untuk berswafoto di tempat di mana kami menemui soalan sebagai bukti.
 |
Antara gambar swafoto kumpulan kecil saya |
Setelah selesai mencari soalan-soalan, kami berkumpul semula di Atrium FEP dalam kumpulan untuk menjawab semua soalan yang dicari tadi. Kami bekerjasama dan saling tolong-menolong untuk menyelesaikan soalan-soalan. Setelah selesai, kami diminta untuk berswafoto secara berkumpulan. Pada jam 6 kami dibenarkan bersurai.
 |
Swafoto kumpulan 16 |
No comments:
Post a Comment