Pada 28 November 2018, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menganjurkan Program Wacana Ekonomi kepada pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi. Program ini diadakan di DK1 pada jam 2 petang. Tetamu jemputan khas telah dijemput iaitu Puan Aiza Zeyati Binti Mohamad Zamani dari MDEC sebagai penceramah program tersebut. Program tersebut memfokuskan tentang tajuk 'Ekonomi Digital: Perspektif Makroekonomi'. Banyak input yang telah saya peroleh daripada beliau yang berpengalaman terutama mengenai ekonomi dan teknologi semasa.
Kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain kerana mempengaruhi pendapatan di negara ini. Seterusnya, program seperti ini tidak lengkap jika tiada sesi soal jawab. Pelajar yang mempunyai kemusykilan boleh mengutarakan soalan di aplikasi Slido. Penceramah akan memilih soalan secara rawak dan menjawabnya. Sesi ini mengambil masa 30 minit. Seterusnya pula, penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang Econ Hunt pada minggu lepas. Pemenang diberikan hadiah berupa hamper dan sijil.
Pada akhir program, kami dipersembahkan dengan tayangan montaj sepanjang Econ Hunt berlangsung. Kami bersurai pada jam 6 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya dan ke...
-
Untuk hari ketiga ini, bermulalah Program 7 Domain iaitu domain kesukarelawanan, keusahawanan, inovasi, kelestarian, kebudayaan, sukan, dan...
-
Pada 21 November 2018, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Econ Hunt kepada pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi. Econ Hu...
No comments:
Post a Comment