Pada 28 November 2018, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menganjurkan Program Wacana Ekonomi kepada pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi. Program ini diadakan di DK1 pada jam 2 petang. Tetamu jemputan khas telah dijemput iaitu Puan Aiza Zeyati Binti Mohamad Zamani dari MDEC sebagai penceramah program tersebut. Program tersebut memfokuskan tentang tajuk 'Ekonomi Digital: Perspektif Makroekonomi'. Banyak input yang telah saya peroleh daripada beliau yang berpengalaman terutama mengenai ekonomi dan teknologi semasa.
Kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain kerana mempengaruhi pendapatan di negara ini. Seterusnya, program seperti ini tidak lengkap jika tiada sesi soal jawab. Pelajar yang mempunyai kemusykilan boleh mengutarakan soalan di aplikasi Slido. Penceramah akan memilih soalan secara rawak dan menjawabnya. Sesi ini mengambil masa 30 minit. Seterusnya pula, penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang Econ Hunt pada minggu lepas. Pemenang diberikan hadiah berupa hamper dan sijil.
Pada akhir program, kami dipersembahkan dengan tayangan montaj sepanjang Econ Hunt berlangsung. Kami bersurai pada jam 6 petang.
Wednesday, November 28, 2018
Wednesday, November 21, 2018
Econ Hunt
Pada 21 November 2018, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Econ Hunt kepada pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi. Econ Hunt merupakan explorace di mana telah dibahagikan kumpulan dan perlu mencari soalan pada klu yang telah diberikan. Apa yang unik dalam Econ Hunt ini adalah kami perlu menggunakan aplikasi HP Reveal untuk imbas soalan pada klu seperti papan tanda, gambar dan objek.
Kawasan Econ Hunt merangkumi seluruh kawasan UKM. Bagi kami explorace ini sangat mencabar kerana kami perlu mencari inisiatif sendiri untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain dengan pantas. Malah, explorace ini juga diadakan pada waktu tengahari yang panas terik. Pergerakan kami dalam kumpulan telah dipecahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil untuk pembahagian kawasan untuk mencari soalan supaya lebih menjimatkan masa. Saya dan dua lagi rakan mencari soalan di Pusat Kesihatan, ATMA, Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengurusan Akademik. Kami juga diminta untuk berswafoto di tempat di mana kami menemui soalan sebagai bukti.
Setelah selesai mencari soalan-soalan, kami berkumpul semula di Atrium FEP dalam kumpulan untuk menjawab semua soalan yang dicari tadi. Kami bekerjasama dan saling tolong-menolong untuk menyelesaikan soalan-soalan. Setelah selesai, kami diminta untuk berswafoto secara berkumpulan. Pada jam 6 kami dibenarkan bersurai.
![]() |
Contoh soalan yang diimbas pada papan tanda |
Kawasan Econ Hunt merangkumi seluruh kawasan UKM. Bagi kami explorace ini sangat mencabar kerana kami perlu mencari inisiatif sendiri untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain dengan pantas. Malah, explorace ini juga diadakan pada waktu tengahari yang panas terik. Pergerakan kami dalam kumpulan telah dipecahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil untuk pembahagian kawasan untuk mencari soalan supaya lebih menjimatkan masa. Saya dan dua lagi rakan mencari soalan di Pusat Kesihatan, ATMA, Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengurusan Akademik. Kami juga diminta untuk berswafoto di tempat di mana kami menemui soalan sebagai bukti.
![]() |
Antara gambar swafoto kumpulan kecil saya |
![]() |
Swafoto kumpulan 16 |
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya dan ke...
-
Untuk hari ketiga ini, bermulalah Program 7 Domain iaitu domain kesukarelawanan, keusahawanan, inovasi, kelestarian, kebudayaan, sukan, dan...
-
Pada 21 November 2018, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Econ Hunt kepada pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi. Econ Hu...