Hari terakhir 3M ini, aktiviti kami diuruskan oleh PC-PC kolej. Kami bermain
explorace di sekitar kolej secara berkumpulan. Kami perlu pergi ke setiap check point untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk permainan. Aktivitinya sangat seronok dan memerlukan kreativiti dan kerjasama dalam kumpulan.
 |
Kumpulan yang kalah akan dikenakan denda |
Aktiviti kami tamat pada waktu tengahari. Kemudian kami dibenarkan balik ke bilik untuk berehat sebagai persediaan untuk Malam Kemuncak 3M di Dewan Gemilang (DG). Kami diminta untuk berkumpual lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Malam Kemuncak ini jugak merupakan julung kalinya diadakan di DG. Keunikan yang ditampilkan oleh UKM pada tahun ini adalah majlis diadakan ala-ala konsert. Suasana sangat meriah, penuh lampu yang berwarna-warni dan cantik pada waktu malam.
 |
Penghuni KUO berkumpul di perkarangan DG |
 |
Antara kemeriahan semasa majlis |
Akhirnya, malam yang kami tunggu-tunggu sudah pun tiba. Malam yang penuh bermakna buat kami sebagai pelajar baharu UKM. Majlis ini adalah sebagai kemuncak di mana kami perlu berikrar di hadapan semua warga UKM. Setelah berikrar maka secara rasminya kami telah menjadi pelajar UKM.
 |
Ikrar pelajar |
 |
NC bersama barisan pentadbiran UKM memegang 'Payung Merah' sebagai simbolik UKM selepas ikrar pelajar |
Seterusnya, majlis juga dimeriahkan lagi dengan perang DG. Perang ini pada asalkan dinamakan perang DECTAR tetapi memandangkan ia diadakan di DG maka nama ditukar kepada Perang DG. Perang DG ini merupakan perlawanan sorak antara kolej-kolej di UKM dan merupakan tradisi setiap tahun. Sorakan paling bertenaga, meriah dan unik serta paling lama bertahan dikira pemenang. Kolej Ungku Omar mendapat tempat ketiga sorakan yang paling lama bertahan.
Alhamdulillah orientasi kami berakhir dengan acara yang paling bermakna sebagai permulaan kehidupan di sini. Sepanjang lima hari orientasi ini, banyak pengalaman yang telah kami perolehi bersama rakan-rakan dan warga UKM yang lain.
No comments:
Post a Comment