Saturday, October 13, 2018

Hari Sukan Negara 2018 UKM Bangi




Pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober, Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan yang wajib dilaksanakan di seluruh negara. Pada 13 Oktober 2018 yang lalu, UKM Bangi merupakan tempat acara ini berlangsung merangkumi daerah Hulu Langat. Ramai penduduk sekitar dan pelajar-pelajar UKM Bangi hadir memeriahkan acara. Terdapat pelbagai aktiviti sukan telah dijalankan seperti senamrobik, zumba, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, sukaneka dan aktiviti jualan. Para pelajar dan tenaga pengajar UKM Bangi antara pihak yang menjayakan acara ini. Saya merupakan pelajar Citra Pengurusan Acara juga mengambil bahagian sebagai pihak pengurusan acara ini. Saya dan rakan-rakan sekelas ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa. Kami telah diberikan tugas mengikut aktiviti yang telah ditetapkan. Acara ini segala berjalan lancar sehingga tamat hasil kerjasama pihak pengurusan dan para peserta.

No comments:

Post a Comment

Makan Malam Tahunan FEP 2018